Biodata Inovator

Latar Belakang

Nama penuh inovator adalah WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH. Telah berkahwin dengan Nursafra binti Mohd Zhaffar dan dikurniakan dua cahayamata yang diberi nama Wan Ammar Yasir dan Wan Anas Malik.

Berkecimpung dalam bidang inovasi sejak tahun 2012. Inovasi pertamanya, iaitu Model Simulasi Waktu Solat telah mendapat pelbagai pengiktirafan yang sangat membanggakan. Beberapa kali menerima anugerah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

i-ECO adalah inovasi ketiga beliau. 

Latar Belakang Pendidikan

1991 – 1996: SK Seri Nilam
1997 – 2001: SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin
2002 – 2003: Pusat Matrikulasi UIA PJ
2003 – 2007: Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam di UIA
2008: Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam) UIA
2010 – 2013: Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) UKM

Sumbangan dan Pencapaian
  • ·         Finalis Anugerah Inovasi Negara 2014
  • ·         Pingat Emas Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Pendidikan peringkat Kebangsaan 2013
  • ·         Guru Inovatif Negeri Sembilan 2012, 2013 dan 2014
  • ·         Guru Inovatif PPD Jempol dan Jelebu 2012 dan 2013
  • ·         Dua inovasi beliau telah diiktiraf oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), iaitu; Model Simulasi Waktu Solat dan Skroll Suci
  • ·         Aktif menulis artikel prosiding di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan membentangkannya dalam seminar serta konferen
  • ·         Fokus penulisan artikel adalah kepada kaedah dan teknik pengajaran, penghasilan inovasi berbentuk Alat Bantu Mengajar (ABM) dan rekabentuk grafik untuk ingatan
  • ·         2 kaedah pengajaran menggunakan inovasi beliau iaitu Model Simulasi Waktu Solat dan i-ECO telah dirakamkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan telah dimuatkan dalam Portal e-Guru (pnp.moe.edu.my/eguru/)


No comments:

Post a Comment